Thursday, January 20, 2011

INFO CLOTH DIAPER.

Definisi cloth diaper?

Dalam bahasa mudahnya, cloth diaper adalah lampin kain. Dengan kata yg lebih canggih..lampin kain yang telah di upgrade sehingga mampu berfungsi seakan-akan lampin pakai buang dan yang paling penting sekali boleh dibasuh dan dipakai semula!

Kelebihannya?

Penjimatan untuk jangka panjang, membantu dalam mengurangkan pencemaran alam sekitar, kesihatan bayi lebih terjamin kerana tidak terdedah kepada bahan kimia yang terkandung dalam lampin pakai buang dan bayi anda kelihatan cumel bila dipakaikan dgn CD ditambah dengan pilihan dalam pelbagai corak,warna dan saiz.

Senang tak dipakai?

Senang sahaja. Masukkan insert dalam poket (untuk cloth diaper berpoket) dan pakaikan diaper tersebut pada bayi..sama macam kita pakai lampin pakai buang..& skrg Mama Payish perkenalkan CD jenis AIO ini di mana insert dah dijahit sekali dalam diapers ni. Bole terus pakaikan pada baby!Mudahkan!!

Macam mana nak basuh?

Senang aje nak dibasuh. Caranya sama je dengan kita basuh baju kita hari-hari cuma jangan gunakan pencuci yang ada bahan peluntur, softener dan enzim sebab akan cepat merosakkan diaper dan menyebabkan sensitif pada kulit bayi. Sabun yang biasa digunakan Pureen HAD kerana lembut pada kulit bayi. Selepas dibasuh, biarkan ia sejuk dahulu sebelum masukkan insert untuk elakkan elastik daripada terputus.
Yang paling penting, bagi yang baru mula nak guna CD, sila pre wash CD sekurang-kurangnya 3 kali agar daya serapan bertambah baik


CARA MEMBASUH CLOTH DIAPERS


Prewash 2 kali sebelum guna tanpa menggunakan sabun
  • Buang semua najis ke dalam mangkuk tandas, bilas sehingga hilang bau dan masukkan ke dalam baldi
  • Masukkan kesemua CD ke dalam mesin basuh
  • Gunakan sabun paling murah di pasaran, tiada peluntur tiada bahan kimia yang terlampau
  • Gunakan Lunatots Nappy Laundry Net untuk menjamin jangka hayat CD anda
  • Sidai (seeloknya di bawah cahaya mentari)
  • Angkat dan masukkan insert siap2 utk penggunaan siang 1 insert dan malam (2 inserts)

Wednesday, January 19, 2011

SUNNY BABY CLOTH DIAPERS (BABY LOGO-MICROFLEECE)




SUNNY BABY MINKY CLOTH DIAPER (BABY LOGO)
INNER MADE OF MICROFLEECE
1 CLOTH DIAPER COME WITH 2 INSERTS
HARGA TERENDAH DIPASARAN
1 Pcs RM27
4 Pcs RM 100